Di hujung tahun menjadi tradisi sebutan sama berkobar-kobar diuar-uar azam baharu disebut-sebut dengan gah azam lama terkubur sudah walaupun dalam perhitungan tiada ia terlaksana tersadai di antara gerbang masa

azam itu adalah suatu azimat kata lafazan yang berkeramat mampu membangkitkan semangat muafakat dapat mengubah nasib menerajui tuah sehingga boleh mengukir berkat sepanjang hayat membawa manfaat namun munculnya ia dengan bersyarat perlu bersatu menjadi padu bergabung antara rancangan dengan perlakuan tanpa mengenal penat lelah mahupun menyerah walaupun sudah sampai di hujung garisan penamat.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti