Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

Berkawanlah dengan hujan

Dec 06, 2020 | 05:30 AM

Berkawanlah dengan hujan

usah sesekali jadikannya lawan

meskipun tanah hatimu tenggelam

menjadikan kau rawan

di sebalik galak deruan

ada bisikan pesanan berharga

terlalu mahal untuk dijual

terlalu murni untuk dibeli

betapa dari jendela kaca sukma

teruslah merenungi dan mengamati

betapa selagi darah panasmu mengalir

di sungai jiwamu

dalam diam diriuhkan bernas berfikir

mengusir segala khuatir

ingatlah, betapa hanya dengan taufan khianat

barulah tersuntik lemah menjunam ke tanah

seperti pokok tua yang baru tumbang

betapa hidup ini menuju mati

ia bukanlah sebuah gagasan

yang tak menyenangkan

sebenarnya ia satu hakikat

kita manusia termasuk tumbuhan

yang menghijau segar di luar

ada kalanya dijarumi pengalaman payau

tatkala mentari menghantar sinarnya yang memijar

hingga kering layu berulit sayu

bila dibasahkan keras bicara

hidup ini memang melamar mati

dan ia amat pasti

kita boleh lantang bersuara

kita mahu hidup seribu tahun lagi

atau kita lesu bergetar bibir

menandakan kita sedang bernazak

dan ini tiada bezanya

kerana ia hanya dua pandangan yang berlainan

buat proses panjang yang sesungguhnya sama

kematian bukan sekadar suatu kejadian

yang berlaku hanya sekali dalam berkali-kali

seperti desiran hujan

yang galak menikami bumi

suatu hari ia akan lengkap

ujian yang paling menakjubkan

tentang kehilangan

adalah tiada sesiapa yang gagal

ya, setiap daripada kita pasti lulus

bagai hujan yang kau jadikan kawan

kawan setia yang titisan pesanannya

tak sesekali membosankan

akan sebuah kebenaran

dari jendela sukma kau kaya tafsiran kejadian

yang kau setia saksikan peristiwa basah

mengelus kalbu penuh ketaasuban.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >