SPH Logo mobile
Langgan|

Bersyukur

Premium

Bersyukur

Sep 29, 2024 | 5:30 AM

Bersyukur

Bulan mengambang penuh di Caracas pada 17 September 2024 (gambar hiasan)
Bulan mengambang penuh di Caracas pada 17 September 2024 (gambar hiasan) - Foto AFP

derusan pawana menyapa malam
patera kering melayah ke sana sini
namun hujan masih jua tak turun
sunyi dan sepi habis dibawa lari mergastua
tinggal si pungguk bertenggek
berkalam sepanjang malam
antara sedar atau melamun
khayalan menjalar menjauh
rang bulan tetap menyinari indah kurnia-Nya
cenderawasih terbang tinggi
makin tinggi, semakin jelas pandangan
rajawali lelah bertakhta pulang ke sarang
melihat manusia masih bertelingkah
antara siapa yang lebih pintar
sedangkan Dia telah anugerahkan Luqman
hikmat kebijaksanaan
yang senantiasa bersyukur

Othman Suhot

Laporan berkaitan
SukmaMay 18, 2023 | 2:49 PM
SukmaMay 18, 2023 | 2:49 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg