Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Bertemu Wajah

May 24, 2020 | 05:30 AM

Akhirnya aku datang. Berdiri di hadapan rumah-Mu. Kuketuk pintu-Mu tapi kau tiada. Ada suara yang mengaum-mengaum bagai tebuan. Di depan. Di belakang. Di kiri. Di kanan. Mereka juga datang bertamu mencari-Mu. Mereka menadah tangan ke langit menampung darah yang jatuh dari awan merah. Menghirup setiap titisannya sampaikan rongga mereka berbau hamis.

Sewaktu di Lapangan Terbang Jeddah tadi, aku terhidu harum kasturi. Seluruh alam bergoncang dalam jantungku. Aku melihat ada sepasang tangan tanpa lengan mendakap erat tubuhku hingga keringat noda mengalir membasahi tanah hitam. Aku jadi gerun dan bingung. Kutanya keringat, mengapa ternoda? Saraf-sarafmu telah dipasung syaitan! Lupakah kau akan buah kuldi yang ditelan ibumu? Aku terkejut. Takut. Suara itu datang dari seorang musafir sedang melutut di pintu bas yang ternganga. Aku menatap ke langit mencari doa yang hilang. Mungkin juga aku tertinggal jubah semasa berebut pesawat tempohari. Sekelip mata dia tiada dan aku terpanah di depan Ka'abah. Jangan kau cari dia di sana. Tuhan tiada di dalamnya. Carilah dia di dalam hati mukmin. Lalu aku bersujud. Sunyi. Kelam. Hitam. Syahdu. Aku bertemu wajahku. Tapi di manakah Dia?

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >