Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Bingkisan Ramadan

May 2, 2021 | 5:30 AM
RUANG UNTUK PENIAGA: PengasasKloudwork Pte Ltd (dari kiri) Encik Dzulkifli Ahmad dan Cik Nana Adam, bersama pasukan mereka, Cik Yati Jantan dan Encik Tajjlee Rahim, di ruang dapur mereka di bangunan Sparkle di Science Park Road. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
RUANG UNTUK PENIAGA: PengasasKloudwork Pte Ltd (dari kiri) Encik Dzulkifli Ahmad dan Cik Nana Adam, bersama pasukan mereka, Cik Yati Jantan dan Encik Tajjlee Rahim, di ruang dapur mereka di bangunan Sparkle di Science Park Road. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

Ramadan... mengetuk jenguk lagi sarang pintu hati tanpa jemu keluh tanpa jenuh sungguh lembut kalimah agung laung menggugah gusar alpa dari kayangan asyik lena reka tercipta bersulang sedulang malas dan berenang genang buih dosa Ramadan... usahlah kau merantai hati dayus puji ini dari jalan terang reda sepertimana kau merantai nafsu halus pujukan yang galak dan ranggi menempelkan serakah di dada dan dahi pembina markas dosa penghina seberkas cahaya Ramadan... di setiap hiba malam pencarian tahap dalam naungan nubari rindu bersimpuh hamba mengadun resepi doa semanis maghfirah di ambal kelam saat sembam suram pahit dosa dirandau di hujung lidah payau semoga inti khazanah sempat diijazah sepuas-puasnya di segenap raga petala cinta hamba

ZAINOL ABI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg