Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Buat Pulau Tercinta Ini

Jan 20, 2019 | 05:30 AM

Masa mencumbui dua abad semenjak tampak wujudmu

Denganmu tersirat nyala bangga dan nur syukur sujudku

Telah kulupa seketika – maafkanku – cinta terpendam buatmu

Tak ’kan lagi, tidak lagi buat baki pelayaran terakhir riwayatku

Aku bertekad, aku berjanji untuk terus kibarkan panji

Kesetiaanku, cinta luhurku sepanjang helaian umurku

Riak airmu sentiasa tenang senang sahaja memaut hati

Setiap pendatang pedagang pelaut berendam masin mentari

Pasir putihmu terhiris halus bak permaidani terhampar jauh

Menjadi dataran rehat anak perantauan letih datang bersauh

Pepohon rendang, sekawan lelayang, rimba hijau luas terbentang

Kau celikkan mimpi layu, hangatkan azam sayu, dengan segar bayu

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >