Dua guru – Mariana Hussain dan Nora Ardilla Azman – telah lama meminati usaha mendidik nilai murni dalam kalangan kanak-kanak melalui penceritaan.

Kededuanya merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dan aktif menulis sejak 2019 dengan tujuan menghasilkan kisah yang menyeronokkan tetapi sarat dengan pengajaran untuk pembaca muda.