Pembaca cilik yang meminati buku-buku dalam siri, Silat Warisan Budaya Saya – Kisah Dina dan Bahqer, boleh membaca dua buku terakhirnya tidak lama lagi apabila ia mula diedarkan pada Februari 2025.

Penulis buku-buku dalam siri itu, Isiah Majid, berkata buku berjudul, Cintai Kehijauan Hutan Simpan dan Seluas Lautan, telah dilancarkan semasa Pesta Buku Melayu Singapura 2024 pada Ogos.