Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
3

SAJAK

Camar Di Langit Senja

Oct 04, 2020 | 05:30 AM

ketika tirai lembayung menutup senja

horizon sana bertukar fana

kau kirai sayapmu melayah

dengan ciau mengiangkan harap

turunnya tabir hari kali ini

bakal mengganti kelam maya

ketika langit tenggelam dalam kesamaran

riamu masih bermain dalam sisa cahaya

duhai camar senja

ini buana kita

padat padu dengan segala keanehan

bukitmu adalah bukitku

tetapi rumahku ada, sarangmu tiada

bila pepohon tumbang digigit mesen gergaji

lautmu adalah lautku

tetapi ikan tidak lagi bisa bermain

kerana jaring terentang siang malam

angin senja yang lembut

juga milikmu dan milikku

tetapi bahang sakitnya meratah usiamu

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >