Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cekal hati jadi pakar opera Cina, turunkan seni

Apr 8, 2024 | 5:30 AM
Cik Cai Bi Xia berkongsi bahawa latihan opera Cina sangat meletihkan, namun beliau tabahkan hati, seperti yang dinasihati gurunya, “cekalkan hati”.
Cik Cai Bi Xia berkongsi bahawa latihan opera Cina sangat meletihkan, namun beliau tabahkan hati, seperti yang dinasihati gurunya, “cekalkan hati”. - Foto ST

Dilahirkan di wilayah Fujian di China, pengamal opera Cina, Cik Cai Bi Xia, 51 tahun, dikenalkan kepada seni tersebut apabila beliau berumur empat atau lima tahun.

Ibunya gemar opera Cina dan membawanya bersama ke persembahan tersebut.

Pengasas dan pengarah artistik Pusat Kesenian Tradisional (Singapura) itu, yang berpindah ke Singapura pada 1997, mula mempelajari tentang seni opera Cina pada usia 15 tahun.

Beliau berkongsi seni tradisional itu termasuk mengajarnya sejak 1997 di samping menganjurkan kelas dan bengkel di sekolah.

Pada 2012, beliau mengasaskan Pusat Kesenian Tradisional, yang mengendalikan kelas opera Cina setiap minggu untuk kanak-kanak dan belia.

Untuk menjadi seorang yang mahir dalam opera Cina bukan satu proses yang mudah bagi Cik Cai.

Beliau masih ingat betapa gurunya menyuruhnya berlatih satu aksi atau langkah sebanyak 15 kali, hingga tangannya bergetar teruk dan lenguh hingga tidak boleh memegang sudu dengan betul.

Sesi latihannya sering amat sukar dan memenatkan hingga beliau menangis selepas sesi tersebut.

Namun, Cik Cai kekal tabah dan usahanya membuahkan hasil.

“Guru saya suruh saya cekalkan hati,” katanya.

Mengenai diiktiraf dengan Anugerah Peneraju Warisan Budaya Tidak Ketara (ICH) oleh Lembaga Warisan Negara (NHB), Cik Cai berkata: “Saya berasa amat terharu dan berterima kasih diberi anugerah ini kerana saya tidak menjangkanya.”

Namun beliau menambah: “Saya juga rasa tertekan kerana sekarang saya ada tanggungjawab lebih besar mencari jalan untuk menurunkan budaya tradisional opera Cina di Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg