Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daripada hobi jadi pereka kebaya, ahli sulaman Peranakan

Apr 8, 2024 | 5:30 AM
Encik Raymond Wong antara segelintir pereka kebaya Peranakan yang masih ada di Singapura dan giat mengekalkan warisan budayanya itu.
Encik Raymond Wong antara segelintir pereka kebaya Peranakan yang masih ada di Singapura dan giat mengekalkan warisan budayanya itu. - Foto ST

Selepas belajar di Melbourne, Australia, Encik Raymond Wong pulang ke Singapura untuk membantu dalam perniagaan makanan keluarganya, Kim Choo Kueh Chang, pada 2003.

Ketika itu beliau baru berusia 23 tahun, tetapi ramai pelanggan di kedai milik keluarganya itu bertanya tentang budaya Peranakannya, termasuk makanan.

Ini mendorong Encik Wong menghiasi kedai makan itu dengan hiasan bertema Peranakan.

Umpamanya, beliau membeli banyak kebaya lama bermutu dan mempamerkannya.

Usaha itu menarik minat pelanggan, dan ini mendorong beliau mencari jalan untuk mempromosikan warisannya.

Encik Wong kini menguruskan Rumah Kim Choo, sebuah kedai di East Coast Road yang khusus mempamerkan budaya Nonya.

Ia bermula sebagai satu hobi, dengan beliau menghasilkan selipar bilik tidur untuk lelaki pada akhir 2003.

Proses pembikinan selipar itu mengambil masa 18 bulan.

Lulusan bidang kewangan dan perakaunan itu juga membeli kebaya lama untuk mengkaji sulaman dan belajar meniru jahitannya. Dengan bantuan buku, beliau juga mempelajari tentang jahitan renda.

Sebagai seorang anggota Persatuan Peranakan Singapura dan kumpulan pihak berkepentingan kebaya, Kawan Kebaya, Encik Wong terus mereka bentuk dan menghasilkan kebaya di Rumah Kim Choo.

Di samping itu, beliau turut mengendalikan kuliah mengenai reka bentuk fesyen dan tekstil di Kolej Seni Lasalle.

“Saya ingin turunkan ilmu saya kepada sesiapa sahaja yang berminat,” ujar Encik Wong, yang merupakan antara segelintir pereka kebaya Peranakan yang masih ada di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg