Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

CEO Mendaki ulas pemikiran tradisional mengenai peranan wanita

Jun 04, 2023 | 05:31 AM



SEBAGAI pegawai polis, tiada dua hari yang sama.

Namun, satu perkara yang tidak pernah berubah adalah komitmennya terhadap usaha memastikan Singapura kekal sebagai negara yang selamat.

Selepas lebih 30 tahun berkhidmat untuk Pasukan Polis Singapura, Cik Zuraidah Abdullah telah menghadapi pelbagai situasi mencabar termasuk dalam mengendalikan mangsa serangan dan juga mengejar suspek.

Sebagai perunding yang terlatih, beliau sering menghadapi situasi yang berbahaya. Beliau juga memantau keselamatan terminal Lapangan Terbang Changi – di mana beliau perlu menghadapi tekanan yang pelbagai.

Ini kerana lapangan terbang merupakan lokasi dengan risko jenayah yang tinggi, termasuk kejadian menyeludup dadah, pencurian, serta kemungkinan berlakunya serangan pengganas.

Khidmatnya dalam menjaga undang-undang di Singapura serta mengenalpasti dan menghentikan jenayah berakhir apabila beliau bersara dari Pasukan Polis dan kembali ke Yayasan Mendaki untuk memegang peranan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pada April 2020.

Ini merupakan jawatan yang pernah dipegang beliau sebelum ini selepas dipindahkan ke pertubuhan tidak meraih keuntungan itu sebagai CEO dari 2007 hingga 2009.

PRESTASI PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU

Sebagai CEO Mendaki, Cik Zuraidah perlu membuat keputusan kritikal yang berkait dengan skim dan inisiaitif badan tersebut untuk menaikkan lagi prestasi pendidikan masyarakat Melayu Singapura.

Dalam konteks Singapura yang berbilang bangsa dan agama, pandangannya tentang bagaimana Mendaki dapat memperluaskan lagi jangkauannya dan meningkatkan keberkesanannya boleh menjadi perbincangan yang amat menarik.

Cik Zuraidah merupakan lulusan Melayu pertama – serta wanita keenam – untuk menyertai Pasukan Polis melalui skim kemasukan secara langsung pada 1986.

Pada 2004, beliau dilantik menjadi komander Divisyen Polis Jurong, divisyen paling besar antara enam divisyen lain.

Beliau juga merupakan wanita Melayu/Islam pertama yang memegang jawatan tersebut.

Pada 2013, beliau wanita pertama yang menjawat jawatan Penolong Pesuruhjaya Kanan– pangkat ketiga tertinggi dalam Pasukan Polis.

Dengan pencapaian beliau ini, saya mengambil peluang untuk mendapatkan pandangannya mengenai frasa yang mencerminkan pemikiran orang Melayu tradisional berkaitan peranan wanita.

“Kalau perempuan, tak payah belajar tinggi-tinggi, biasa aje dah boleh, lama-lama pun duduk rumah jaga anak.”

Menurut Cik Zuraidah, memang komen seperti itu seringkali didengar dari keluarganya yang lebih besar, biasanya semasa beliau menemui mereka di majlis perkahwinan yang dihadirinya semasa muda.

Arwah ibunya, Cik Sotinah Kasan seringkali menepis komen-komen seperti itu.

“Ibu saya akan memberitahu mereka ‘Biarlah dia belajar, nanti perlahan-lahan boleh belajar masak’, “ katanya.

Dilihat dari perspektif tradisional Melayu, mungkin cara Cik Zuraidah dibesarkan agak berlainan.

Beliau tidak menerima layanan berbeza dari adik beradik lelakinya.

Jika beliau melakukan kesalahan, beliau akan ditegur dengan cara yang sama.

Kesemua tiga adik lelakinya juga akan berkongsi kerja rumah dengannya.

Ibu bapa Cik Zuraidah pula bekerja keras untuk menyara hidup keluarga.

Arwah bapanya, Encik Abdullah Hj Ali, bekerja sebagai pemandu sementara ibunya menjual lontong selain melakukan kerja-kerja lain seperti mengambil upah menjaga anak orang lain atau memasak.

“Kami tak pernah dengar bahawa seorang lelaki tidak boleh memasak atau menyapu.

“Biasanya, yang difikirkan adalah cara untuk mengagih-agihkan tugasan tersebut,” katanya.

Semasa beliau membesar di kampung, Cik Zuraidah sering melihat datuk sedaranya pulang ke rumah segak berseragam polis.

Pengalaman beliau membesar juga membuat beliau cenderung ke arah kehidupan yang berdisiplin.

Beliau sudah terbiasa melakukan ‘drill’ dan bangun awal untuk berlatih, terutama sekali selepas terlibat dengan Pasukan Kadet Kebangsaan sejak bersekolah di Sekolah Teknikal Tanglin, yang sekarang dikenali sebagai Sekolah Menengah Tanglin.

CITA-CITA TAK KESAMPAIAN

Beliau pernah memiliki cita-cita untuk menjadi doktor, namun cita-citanya tidak kesampaian.

Selepas tamat pengajian di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan sivil, beliau telah memohon pekerjaan di SMRT sebagai pengendali pengangkutan awam namun gagal mendapatkan pekerjaan itu.

Pada 1986, beliau terlihat iklan Pasukan Polis Singapura, dan tercetus detik ‘eureka’ yang mendorong keinginan beliau untuk menceburi bidang tersebut.

Cik Zuraidah cukup bersemangat semasa menceritakan pengalamannya berkhidmat dalam pasukan polis.

Menurutnya, beliau perlu mengubah keadaan mental untuk bersedia menghadapi masa bekerja yang lama semasa dengan Pasukan Polis.

“Apabila anda bertugas, anda bertugas selama 24 jam. Kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam itu ‘milik’ anda.

“Saya masih ingat lagi bagaimana selepas 24 jam, kakitangan Pejabat Pendakwaan datang ke pejabat saya dan memberitahu saya ‘Madam, saya tak tahu bagaimana ingin beritahu perkara ini kepada anda, tetapi ada beberapa individu tertuduh yang menunggu anda.’

“Ini selepas 24 jam tau! Selepas itu saya bertanya kepadanya, ‘Betul ke?’ dan beliau berkata ‘Ya betul.”

“Saya tak tahu nak nangis ke nak ketawa pada masa itu,” ujarnya.

Menerusi kisah-kisah yang beliau ceritakan kepada saya, ia menekankan pentingnya bersikap positif dan mencari ‘elemen lucu’ dalam setiap kejadian, terutama sekali dalam situasi di mana beliau berasa tertekan, kata CIk Zuraidah.

Seboleh mungkin, beliau akan cuba ‘tertawa’ dalam situasi-situasi di mana beliau berasa tertekan, dan ini membantu beliau melihat perkara tersebut daripada perspektif berbeza dan mengurangkan tekanan yang dirasakan.

Katanya, ini juga penting dalam memastikan kejadian yang dialami itu menjadi kenangan ‘manis’ untuk dimbas semula pada masa depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >