Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Cerita awan

Feb 21, 2021 | 05:30 AM

Aku balang kosong berisi wap

Berarak dari hujung dunia ke hujung dunia

Destinasiku tidak menentu

Tuanku adalah angin yang menderu

Sering berbisik di telinga

Takdirku pada alam

Turun sebagai hujan

Membasahi bumi

Aku penuhi air tasik

Aku limpahkan danau yang terusik

Ada yang mengundangku dengan doa-doa

Di saat tekak manusia kekeringan

Bahang panas yang ditakdirkan

Aku juga metafora

Lambang alam manusia

Dianggap mulia

Dan jernih kerana keputihanku

Bentukku berubah-ubah

Kadang bagai istana

Tempat bidadari bermain

Kerana wap yang terkandung

Kadangkala warna jadi hitam

Bagai lingkaran kehidupan manusia

Berubah-ubah dan bertukar-tukar

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >