SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Cerita Beli Buku

Premium

Cerita Beli Buku

May 4, 2025 | 5:30 AM

Cerita Beli Buku

buku, sajak, cerita beli buku, herman othman
Pelawat membelek buku di sebuah festival buku di Paris. - Foto hiasan AFP

Tukang terbit itu
hidungnya kembang
mentelah bukunya
dibeli orang ternama
tokoh persuratan negara.

Pujian ramai dijaja
hebat diri mendewa
kepakaran tiada tara
dialah jauhari, dialah manikam
tetap berlian
walaupun dalam sekam.

Hinggalah orang ternama itu bersuara,
“Saya juga beli buku
yang rendah mutu
untuk dicontohi tika ditanya
karya siapa molek dibaca
penerbit mana berwibawa
editor mana tunggang nama
pencetak mana boleh dipercayai.”

Laporan berkaitan
NamaJul 12, 2023 | 5:22 PM
Tokoh PemudaJan 31, 2025 | 4:47 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg