Duduk makan di Gerai Goreng Pisang Melawan lapar petang Datang seorang abang Iras profesor lagaknya Berbatik lusuh dek usia Entah dari mana Menegur "Adik, itu nama pisang goreng." Aku jawab dengan angguk "Adik, bahasa Melayu ada hukumnya." Aku jawab dengan angguk juga "Adik, peliharalah bahasa kita." Aku jawab dengan angguk Sambil tersenyum kepadanya "Adik bisu ya?" Aku jawab dengan angguk Sambil tersenyum kepadanya Lalu kuhulurkan sepinggan pisang goreng Abang segera mengambil semua Dan terus beredar Tanpa sebarang bicara.
HERMAN ROTHMAN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg