Cerita dirinya sedih menangislah ramai mengenang rintih derita tiada damai wajah sayu ditayangkan hati sendu dilalakkan fikiran kusut dijajakan duka meranduk luka semua kasihan kepadanya.
Jam tangan itu nilainya $151,260 Penulis yang melihat dari luar cermin kedai terus menjerit menuntut ilham menikam, menyindir, mengecam si pembeli keparat alpa kebajikan kaum miskin melarat!
Tukang cerita itu tidak lagi bercerita namun tetap dipanggil tukang cerita bicaranya disulam bijaksana jadi pedoman anak bangsa duduk bersila dengan semua si miskin marhaen teman hidupnya raikan
Seorang lelaki tua di sebuah kota gagah menolak basikal di pekarangan masjid serba indah melabuhkan lelah di bangku kayu menatap langit subuh dengan redup mata berkaca tangan menadah rezeki
Duduk makan di Gerai Goreng Pisang Melawan lapar petang Datang seorang abang Iras profesor lagaknya Berbatik lusuh dek usia Entah dari mana Menegur "Adik, itu nama pisang goreng." Aku jawab dengan
Hujan malam pencetus ilham Setelah perut kekenyangan Penulis menikmati pula kopi Dengan pena di jari Melayan berita di TV Tentang diri yang menang sayembara lagi Berintikan juang menentang kemiskinan