Yang hanya diam membisu tak bererti dungu yang mahir menyulam kata tak semesti pintar seperti gendang kosong semua dikelentong seperti tong kosong semua dibohong Yang tahu membezakan intan dari kaca dialah yang harus digelar siswazah biarpun tiada segulung ijazah biarpun tak punya sekajang diploma Yang hanyut di arus julang tampil demi puji lagaknya laksana ayam bertelur sebiji riuhnya satu kampung akhirnya jadi sombong suaranya melambung egonya menggunung Yang cinta kebenaran tak pinta sanjungan sikapnya bak penyu telurnya beribu tunduk bak semalu tak digembar gembur tawaduk selalu tak siapa yang tahu Yang hanya tahu mengeji sebenarnya iri mungkin sahaja terlupa kekurangan diri yang gemar menasihat tingkah jangan berkarat yang suka mencacat sangka diri hebat Dan yang sifatnya sinis di matanya semua munafik, pendusta cerminlah dirimu kita semua sama tiada yang sempurna yang nyata kita hanya manusia Cerminlah diri cerminlah diri cerminlah diri sendiri.
SHAFI©UOTES


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg