NASI goreng dalam pinggan ayan dikuis-kuisnya dan dilerai-leraikan dengan sudu plastik seperti menambang emas lagaknya. Sudah hampir 10 minit dan masih belum luak lagi nasi goreng dalam pinggan ayan itu.
Atok baru dua bulan yang lepas diserang angin ahmar dan oleh sebab kekuatan tangan kanannya sudah sedikit lemah walaupun masih boleh diharapkan, maka pinggan mangkuk yang tak mudah pecah, tak berat dan ringanlah yang menjadi kegunaan hariannya.