SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Dedaun Rapuh

Dedaun Rapuh

Oct 30, 2022 | 5:30 AM

Dedaun Rapuh

86b5ed98-8db1-457a-bc9e-d0bf27c2ddbb
-

Kian lama tak tergilap cermin diri setelah mengisi mimpi sesia tanpa sedar dan alpa.

Apakah yang sempat dikutip lewat airmata yang tumpah mendera kecangkir resah selaut dosa.

Resah pada bayangan silam resah memintal jiwa terpukul rasa terkesima bagai dedaun rapuh meluruh menyembah tanah.

Esok-esok bakal digelung tanah dan kemanakah bangkai dosa akan dilontar hanya Allah Azza Wajallah menentukan tempat selayaknya.

IMAN NOORDIN

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg