Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Di Hadapan Kaabah Pandangan Bersatu Kalimah Allah

Jun 25, 2018 | 05:30 AM

Kudup malam

berhasrat rindu

di takhta hati berkata

pada-Mu Ya Ilahi

khabarkan cintaku berselawat ke atas

Nabi Muhammad saw

sambutlah salam manis

zikir dan witir

istikharah dan hajat

menuju Masjidil Haram.

Langkah kaki terbuka

nafas berdebar di jantung

lafaz niat

memasuki rumah-Mu

pandangan jiwa

bersatu khalimah Allah

teralir air mata syahdu

pada sejadah hijau

sebagai saksi

rindu ini tidak tersalah jatuh

kasih untuk-Mu

sentiasa berarah

seperti mengalir darah panas

mengalirkan keramahan iman dalam mencari

ketenangan jiwa.

Istighfar bersulur ingatan

jalar-menjalar

memenuhi ruang Kaabah aku datang

seruan-Mu terpanggil

pada juzuk waktu jemu tidak lelahkan cuaca

bertukar haluan

memandang-Mu

dengan ihsan

langit hati bertambah intim

syahdu awan memahami

lakaran terlukis di ingatan

melupakan tidak terarah

hanya padamu Kaabah

memberi pahala syahid

demi menjaga azab kubur

mewangikan pakaian putih

mengelilingi penuh

kasih syukur.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >