Kudup malam berhasrat rindu di takhta hati berkata pada-Mu Ya Ilahi khabarkan cintaku berselawat ke atas Nabi Muhammad saw sambutlah salam manis zikir dan witir istikharah dan hajat menuju Masjidil
Biru-biru membirulah luas terbentang penuh tenang tawakal penuh ranum seranum manisan kurma mekar angin segar menyegarkan sebiru deru angin kuatnya akar mencengkam bumi kayakan jiwa.
Di sebalik dinding maya putik-putik malam dan mimpi-mimpi bertebaran di hujung ranting malah di luar sana ada dedaun basah warna kehidupan ada yang ceria hambar dan bahagia meski angin menuai di ufuk
Waktu berlalu cepat di celah redup pelangi hati dihias manis berharapan memeluk kasih Nya Ya Rabb menerimamu sebagai suria yang terang serikan kerdipan bintang setia menyambut datang jalinan kasih.
Kehidupan ibarat meniti titian pelantar ada ketika langkah menjadi sukar bak akar menjalar di mana susur galurnya berliku-liku tidak berpagar dan ada waktu pula tiada ujian mencabar tiap langkah usah
Lalang terbiar hidup meliar sunyi di paya daunmu melambai ke kiri dan ke kanan melayang ditelan waktu jauh menghidu hawa kota menghuni tanah rata bersyukur sentiasa hidupmu dianugerah sebagai amanah
Cangkir dunia penuh ilusi alpa berleluasa ragam manusia berbagai bentuk cara pendirian mengharapkan batu berkilat bersinar permata sewenangnya membesarkan perut tanpa berusaha bolehkah berubah
Redup mentari sambil membilang usia meja kosong tanpa penghuni hanya suara angin dan suara kicauan burung getar bersuara pada cahayanya menerang mengulit angan pepohon ikut berkata, "damailah diri