Dia.. Membentangkan kenangan Di kelipan mata tua Tidak belingas dulu Sesekali bermain senyuman Sesekali senyumannya meleset Terpencil di ruang udara yang suam Kedutan menyusun saf-saf dan prasa kehidupan Nafas tersekat-sekat Degupan jantung semakin lemah Titipan peristiwa melayan minda Kenangan hanya satu bayangan Disorot satu demi satu, mukin Di situ dan di sini penuh rahsia Di luar dan di dalam menyulit suasana Menyulam kegembiraan dalam impian Harapan bertaburan Sekian lama dipendam Diperam matang dalam dada
Di meja itu.. Kedengaran suara sinis Menggerang kelukaan Dia serabut Terpancar gemas Lemas, cemas Ada yang tertikam di dadamu Sangkaan di batas waktu
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg