Di pintu rindu
akulah perempuan itu
masih menunggu
rindu pun menguliti sendu
paluan gendang semakin bertalu-talu
menerbitkan kenangan menyeka kalbu
pedih ditusuk sembilu
di pintu rindu
bunga kasihku kian terlerai
pada kerinduan yang tak tertunai
bersama air mataku pada hajat
yang tak sampai!
ISMAIL HASHIM (Warisan Puteri, N.Sembilan)
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg