Seluas malam aku lihat pekatnya hitam Seluas lautan aku lihat tingginya gelombang Seluas langit aku lihat tebalnya awan Di hujung waktu ada detik jam terus berbunyi Meninggalkan langkah-langkah malang Mengusung tinggi darjat hati Terlihat saat-saat langkah seorang petualang Di saat malam lautan dan awan berada di titik kehidupan Ada restu alam yang menyambut ketibaan nafas-nafas baru Menghembus nafas panjang kerana di sini ada tuntutan Tangan-tangan dihulur panjang Doa tuhan satu kepastian Lestarikan diri dengan nada alam Lagu-lagu simfoni Gemersik angin pagi Penyambung langkah yang panjang Fikirkan yang menuju kesucian Perintah tuhan Pujuklah hati Jangan ada yang meniti tanpa haluan

A KADIR PANDI