di unit gersang tersergam usang
didiami orang ditimpa malang
ke mana hilang insan disayang?
senang ditatang susah dibuang
inilah pentas dunia penuh wayang
manusia mudah dikaburi wang
bukan semua berkalbu jalang
berwaspada apa yang ditayang
silap langkah jiwa melayang
dulu unit gersang tersergam usang
kini kembali bercahaya benderang
orang yang malang kembali berjuang
bangkit semula menegakkan tiang
pantang mengundur bila diserang
selangkah maju gerak dibentang
biarpun sendiri mampu menentang
tidak gentar apa pun yang cuba halang
sekali jatuh tidak selamanya malang