Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

Dongengan rindu

Dec 06, 2020 | 05:30 AM

Aku ingin buang kesepian ini

Memeluk kalam alam sepenuhnya

Akan kutulis cinta di wajah bulan

Akan kupahat kalimah rindu ini di atas batu

Akan kulayarkan perahu kasih di atas lautan biru

Apa yang aku takutkan

Kerinduan hanya sekelumit janji yang tidak pernah padam

Menjadi kabur pada saat aku memujuk hati

Kerana aku tidak tahu matahari yang menjelma ini

Bila saatnya akan malap dipeluk malam

Kau datang lagi wanita

Tapi kali ini aku tidak memujuk hatiku menjadi kekasihmu

Aku takut kau menjadi unggun api yang akhirnya menjadi abu di hati

Lalu hilang bersama desiran bayu

Lalu terus membiarkan aku memeluk setiap embun yang gugur

Kedinginan yang mencengkam rasa

Melenakan aku memeluk kata-kata rindu di balik

rambutmu

Jangan nanti ini aku terpaku di pantai sepi

Pada saat kau tidak peduli lagi

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >