Aku bukan insan hebat
saat bermandi dengan dosa
kuyup dalam dakapanya
lupa usia menjalar akar
leka masa beredar
saat pedoman hilang
lenyap seluruh kewujudan
Ada akal gagal berfikir
ada mata tidak melihat
ada telinga tidak mendengar
ada kaki tersalah langkah
Sebelum nafiri ditiup
aku mahu bersujud
menjadi perindu taubat yg taat
bukan pengembara sesat
di gurun dosa
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
izinkan aku berteratak rindu
berselimut syahdu
dalam naungan lembayung kasih-Mu
HAMDAN NAIM


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg