Dan nanti kau pulang berimpian insan cemerlang berpaksi taqwa dalam hidupnya seluruh terjelma tidak cuma di bibir basah tersasar hilang pasrah.

Kembalimu seorang pejuang bertekad menakluk al-abrar berbakti segar bukan menggamit al-fujjar penjara si penderhaka ingkar.

Yang mahu kau tuju pilihan di tanganmu dari Baitullah ke syurga atau sesat ke jurang neraka.

MAAROF SALLEH