sudah serik mengharapkan dunia di sini sana fatamorgana ayahnya hilang entah dibawa ke mana ibunya leper dipeluk dinding rumah abangnya ditemui berjasad setengah dia berlari dan terus berlari agar disambut permaidani keadilan
luahan anak kecil itu
dicoreng di pesisir pantai
ombak lautan turut menyapa
dia sempat berbisik kepada bayu:
“Andai aku sudah tiada,
aku menjadi saksi sejarah kezaliman,
akanku heretnya di mahkamah Tuhan.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg