Esok kita kembali pada takdir Antara untung sabut dan untung batu Tanpa kita ketahui di bumi mana kita berdiri Menyaksikan tingkah dan langkah Menyaksikan sorak dan ketawa
Esok ada yang bertanya Tentang kenangan semalam Garis-garis putih dan hitam Mengupas setiap petah Di saat kesedihan dan kegembiraan Cukup untuk membilang rasa Ada sisipan kasih menyelinap masuk Kerana esok adalah langkah-langkah yang mendatang Kita berikan kepercayaan Segenggam harapan Biarpun sebutir garam mencorak rasa


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg