baru saja tadi aku lalui deretan kedai yang hidup dengan kehidupan balang-balang plastik bergantungan sikat-sikat pisang berjuntaian kerusi-kerusi merah tersusun semula biar berpangkah berselang mata
kulihat tangan yang menjaja kuah seceduk, nasi sesenduk urap semangkuk, gulai seperiuk namun sebenarnya tangan itu ialah gabungan kedut jemari yang menyulam impi itulah tangan yang menggenggam secuit harap dan sekelumit keyakinan agar dugaan yang mencengkam akan berlalu pergi kelak aman tandang kembali
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg