Sudah sah sekarang bahawa lelaki yang menutup sebahagian nombor plat keretanya yang berdaftar di Singapura untuk mengisi minyak RON95 di Kulai, Johor, merupakan seorang warga Malaysia.

Di seberang Tambak, semua kenderaan berdaftar asing hanya boleh beli minyak RON97 tanpa subsidi atau bahan api gred tinggi sejak 2010.