LEBIH sedekad lalu, didorong cinta mendalam pada tarian Melayu dan keinginan menyebar keindahan budayanya, Encik Mohamed Rizal Mohamed Yusoff memulakan Attri Dance Foundation (ADF).
Dua tahun lalu, kumpulan yang kian dikenali itu telah mengubah nama menjadi Attrians Singapore dan bakal meraikan ulang tahun ke-15 pada Ogos nanti.