Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Gurindam kalau beraya

Apr 30, 2023 | 05:30 AM



Kalau tamat sebulan puasa,

syukur nikmat kepada yang Esa.



Kalau belanja untuk beraya,

usah teruja niat bergaya.



Kalau inginkan kehidupan cerah,

jangan abaikan bayaran fitrah.



Kalau kunjungi ayah dan bonda,

Tuhan memberi baik berganda.



Kalau bertandang rumah saudara,

kita memanjang hubungan mesra.



Kalau nikmati ketupat dan rendang,

hargai isteri wajah dipandang.



Kalau ikhlas menunaikan zakat,

Allah balas rezeki meningkat.



Kalau bemaafan di hari raya,

sifat keinsanan itulah kaya.



Kalau bersuka di Aidilfitri,

jangan terleka lupai diri.



Kalau aturan terbaik diguna,

sambut lebaran biar sederhana.



ISMAIL HUSSAIN




Segenggam Nasi



Lewat Februari

Segenggam nasi

Disirami pahit manisnya

Lalu dijolok ke dada

Hingga berparut masa



Segenggam nasi

Berendam air mata

Lupa berbekas luka

Sedang parut kekal hiba



Segenggam nasi

Harga sebuah pengorbanan

Dikutip satu persatu

Dari keringat nan dicatu

Dibakar atas panasnya cumbu

Dalam kaus basah dan kering berlalu



Februari itu

Jerih pedih berbau

Pada segenggam yang dicari

Menadah matahari

Resah dan gelisah

Meludah



Februari

Tidak akan hilang

Biar seribu janji memadam

Torehan luka mendalam

Abadi meliputi alam



Segenggam nasi

Di Februari ini

Membutir di lantai

Tiada siapa peduli



KAMARIA BUANG




Sayangilah bumi kita ini



aku tiada kekuatan dan kuasa

hanya boleh bersuara

melepaskan amarah dan rasa hampa

hanya mampu menyumpah

terhadap manusia yang payah

mementingkan diri dengan menjarah

mengkhianati bumi alam semesta

tanpa mempedulikan akibatnya



air dicemari

hutan dibakari

udara dikotori

lapisan udara dirosaki

penyebab bencana alam terjadi

sukar dibaiki

bumi menghadapi mati



bumi ini belum tua

bisa bertahan lebih lama

tapi telah dinoda

kerana tamak dan haloba

mereka patut didenda

diusir dari tempat berada

demi bumi yang tercinta



marilah kita mencintai bumi ini

perbaiki apa yang telah dirosaki

jauhilah segala perbuatan merugi

sama-sama kita lakui

untuk bumi yang dikasihi



AMAN SAMAT




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >