Pelajar-pelajarku sayang
Guru mengajar berikan tumpuan Ilmu diajar kan terpahat di ingatan
Mengulangkaji jadikan tugasan Prestasi cemerlang jadikan impian
Berusaha belajar sesungguh hati Kesenangan hidup bakal menanti
Semasa belajar usahlah bosan "Susah-susah dahulu" jadikan cogan
Ponteng dan cuti usah sesuka hati Pelajaran tertinggal sukar diganti
Di dalam darjah usah suka merusuh Guru menjadi teman bukannya musuh
Akhlak dan pekerti perlu dijaga Di situlah wadah ke arah jaya
Guru- guru sewajarnya dihormat Ajaran dan teguran jadikan azimat
Jadikanlah amalan didikan guru Hidup kan aman tidak bercelaru
Sikap angkuh hendaklah jauhkan Kejayaanmu sering guru doakan!
Hajra


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg