Dulu di situ jambatan kayu menghadap sungai, jadi tempatku membuang resah memujuk hati gundah, mencari damai atau memikir jalan untuk lepas dari masalah. Di situ juga, cinta berputik, di kala masih remaja. Kerana terlalu naif tentang dunia, terlalu cepat menanam janji seribu janji akhirnya cinta punah, di lorong masa. Jambatan kayu itu, akhirnya musnah, dibawa arus sungai ketika banjir menimpa kampungku melahirkan ratap keluarga para petani yang diuji dengan tragedi itu. Seperti jambatan kayu itu juga, kampungku tinggal kenangan, diganti dengan rumah-rumah pangsa yang seakan akan berlumba-lumba menerjah langit yang tinggi.
MUHAMMAD KHALID ZAINUL


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg