Jangan biarkan dirimu keliru berhias label-label itu engkau sendiri nanti begitu rupamu pakaimu cakapmu segala tindak-tandukmu sedang nawaitumu bukan itu ilmumu tak menjangkau ke situ misimu kelabu kaucuma mahu peranan jadi kebanggaan dirimu jantan bukan pondan di situ kauterjerat dek kesetiaan kuat bercita bebas terbang merdeka tanpa dihalang sayang sekali kaulupa perangkap ada di mana-mana pada kejahilan dan kealpaan pemangsamu cepat menelan dan kau hanya sedari yang terbunuh itu saudaramu sendiri
MAAROF SALLEH
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg