Setapak dia melangkah, semakin berdebar hatinya. Ini bukan pertama kali dia melakukan pertemuan sebegini. Kali ini, dia benar-benar berharap. Agar rancangannya membuahkan sesuatu yang amat diharapkan. Sesuatu yang penting buat masa depannya.
Zahid mengambil keputusan mengikut rentak zaman ini yang kian mencabar dalam mencari jodoh. Pergaulan bebas tidak menjanjikan seseorang akan mudah mencari pasangan. Malah cabarannya lebih hebat. Silap langkah dan kata, dia mungkin dianggap biadab, tak malu, atau menyibukkan diri kepada orang yang tak ingin.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg