Kita adalah sebuah rumah kehidupan pintunya bagai penentu arah dengan jendela-jendela membuka ruang pergaulan agar cahaya keriangan dan kasih sayang terus menghangatkan keakraban keluarga dan dinding-dinding keselamatan bagai jaring pemastian bagi menghalang anasir-anasir pembinasa yang mungkin menyusup liar ke dalam
Namun, yang menguatkan kediriannya ialah tiang seri kepercayaan tertancap di atas tanah berasaskan keyakinan kerana tanpanya akan robohlah rumah kehidupan bila dinding, pintu dan jendela yang indah dan terhias kian terhakis oleh badai kemusnahan dan percikan hujan kehinaan hingga menuntut ketahanan iman kukuh dan kental
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg