Bahasa & Budaya
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kain sarung dipromosi bahan warisan Thai

May 23, 2023 | 6:19 PM
KAIN SARUNG THAI: Kerajaan Thailand bercadang menjadikan kain sarung pha khao ma sebagai bahan budaya tradisi negara itu dan mendaftarkannya dengan Unesco.
KAIN SARUNG THAI: Kerajaan Thailand bercadang menjadikan kain sarung pha khao ma sebagai bahan budaya tradisi negara itu dan mendaftarkannya dengan Unesco. - Foto Jabatan Perhubungan Awam Kerajaan Thailand

BANGKOK: Kerajaan Thailand merancang untuk mendaftarkan kain sarung tradisional negara itu, yang dikenali sebagai pha khao ma, sebagai bahan warisan budayanya, dengan Unesco.

Langkah itu adalah bagi mempromosikan budaya Thailand secara global, kata seorang jurucakap kerajaan Thailand, Encik Anucha Burapachaisri.

Jeneral Prayut Chan-O-Cha, perdana menteri yang akan digantikan, menjangkakan bahan kain sarung pha khao ma itu akan berjaya dijadikan bahan bagi mempromosikan Thailand, setelah para penari Thai memakainya semasa dua persembahan tradisional, yang mendapat sambutan menggalakkan di acara Hari Tarian Sedunia 2023 di Jakarta pada 6 Mei lalu, kata Encik Anucha.

Para penari Thailand telah membuat dua persembahan tarian – persembahan pertama mempamerkan penduduk kampung memakai kain sarung dalam kehidupan seharian mereka, dan mengenakan pakaian traditional dari kain tersebut dalam persembahan kedua.

Encik Anucha berkata, kededua persembahan itu telah mendapat sambutan hangat dan ramai warga asing tertarik untuk bergambar dengan para penari itu.

Kabinet Thailand memutuskan pada Februari 2023 untuk mendaftarkan bahan kain sarung itu dengan Unesco sebagai bahan warisan budaya Thailand. – The Star.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg