Kalau nama anak Melayu
Mesti berilmu berhala tuju
Jiwa kental semangat waja
Hidup bermoral elok sikapnya
Suci hati akhlak terpuji
Percaya diri mampu mandiri
Bentuk sahsiah azam membara
Manis ramah dipandang mulia
Santun bicara murah senyuman
Berani membantah berpaksi pegangan
Rajin beramal tiada riak
Sesama taulan ikhlas bersorak
Amanah digalas tanpa alasan
Perkataan malas dibuang terusan
Yang tertulis bukan impian semata
Nilai leluhur dipateri sejarah
Moga Anak Melayu terus mewangi
Persada dunia kita takluki!
ATIKAH HAKIM
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg