SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Karung

Premium

Karung

Aug 4, 2024 | 5:30 AM

Karung

Gambaran pengguna sosial media (gambar hiasan)
Gambaran pengguna sosial media (gambar hiasan) - Foto ST

Heboh. Kecoh. Bagai digegar gempa bumi skala tujuh! Karung keramat Che’ Harum hilang! Menderu laju tindak balas di ruang ulasan Facebook Che’ Harum. Ada bagai siraman salji, ada bagai jirusan lahar. Para penyokong dan pengangkat setianya mengulas penuh simpati. Pengikut jujurnya bungkam menggari jari. Para pembenci membedil bertubi-tubi. Yang duduk di atas pagar tidak peduli!

Benak Che’ Harum berkecamuk. Puas digeledah, diterbalikkan semua ceruk rumah. Hanya peluh dan penat yang dirasakan. Kini, sudah lebih 24 jam karungnya ghaib. Hatinya digigit resah. Selama ini, karung keramat itu tidak pernah lepas dari tangan Che’ Harum. Baik ke hulu, mahupun ke hilir, tetap diheret sama karungnya itu. Apa lagi semenjak dia ligat di dinding Facebook. Tanpa karung yang sebiji karung Tun Nila Utama dalam filem Musang Berjanggut itu, malaplah nama Che’ Harum di alam maya! Karung keramatnya itu bagai separuh nyawanya…

Laporan berkaitan
Celung KeramatJul 19, 2024 | 1:46 PM
Sepi Sebuah KolongJul 16, 2024 | 1:36 PM
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg