Anak yang difitrahkan,
dikirim bersama naskhah ketetapan
biarlah keringat itu menjadi tinta
lalu ditulis dengan kemanusiaan
di lajur kehidupan.
Anak dihantar untuk diilmukan,
dengan dedikasi yang terancang
agar dia menyentuh awan
dan melukis di langit harapan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg