Kejayaan adalah pencapaian kreatif mengukuhkan keunggulan daya fikir seseorang meskipun alam sunyi menepi hanya angin sabar bertiup tegar ke puncak hidup.
Tabah menempuhi segala yang mencabar umpama melayari bahtera di tengah samudera harungi deru angin dan ombak ganas.
Begitulah perkembangan prestasi tersendiri menjadi laskar pelangi sesebuah karya mencorak hidup berkarisma sebagai pewaris mulia.
Bahasa mengitari jiwa di pentas dunia pandangan menenun cerita lalu dan kini menjadi kata tersirat luahan bersurat.
Mengungkap kekata tak kira masa lahir dari salur nafasnya jentera minda pantas melintas jadi wadah inspirasi bermakna.
Kejayaan adalah kenyataan bukannya khayalan selagi tidak dipersia-siakan subur ia di alam persuratan.
IMAN NOORDIN


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg