SAJAK

Kau Genggam Erat

Di ladang hati
cuba membuka sayap kebenaran
berharap Nur terus menunjukkan
jalan pulang.
Sepasang waktu
kau cuba belajar mencintai-Nya
dari nestapa melarat
dingin jemari kau genggam erat.
Apakah rahsia nikmat bersua
sebuah tanya minda berlari
mengunci diri beginikah suratan takdirmu mengisi tahajud malam.
Untuk menutup pintu semesta
tak jemu ombak menghempas pantai
begitulah dikau tak lesu
mengalirkan rindu.

CIUNG WINARA

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto