Kehijauan tebal rata mendatar Keagungan tinggi rebah kebumi Debu-debu kimia berputaran Kesucian deras tercemar luas Yang terkorban meningkat Yang bernyawa terancam Yang hilang hiba meratap Yang hadir kehidupan tenat Para pelaku tersenyum sinis Hilai ketawa kemusnahan Kebenaran pihak mereka Kesalahan pihak kita Penentang ditindas hancur Penyokong boneka hiburan Kepuasan semakin kosong Kemaafan semakin hilang Adakah bumi sudah nazak?
Pasidah Rahmat


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg