Gurun kelihatan kering dan sunyi,
segala yang hidup bersembunyi.
Namun jika kamu menenangkan hati,
boleh mendengar pasir bernyanyi.

Tiba musim hujan kedamaian terkacau,
guruh dan petir menanda tamat kemarau.
Hujan yang turun membasuh pasir,
di gurun sungai muncul dan mengalir.

Laporan berkaitan
Cahaya HidupkuDec 7, 2025 | 5:30 AM
KelkatuDec 7, 2025 | 5:30 AM