Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

PERSATUAN DANA AMANAH MUSLIMIN (MTFA)

Kempen Asyura jalin kasih sayang penghuni rumah anak yatim dengan masyarakat

Jul 28, 2023 | 05:30 AM



Bulan Muharam memiliki keistimewaan seperti hari Asyura, dan ini merupakan satu titik permulaan yang tepat bagi Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) untuk meneruskan tradisi memberi, memupuk semangat memuliakan serta memakmurkan kasih sayang antara penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan dengan masyarakat.

SEBARKAN KASIH SAYANG

Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos, berkata projek ‘Hari Kasih Sayang’ yang dilaksanakan menerusi kempen Asyura, menjadi perantara silaturahim penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan dengan golongan yang memerlukan.

Dr Abdul Qader menambah:

“Dimulakan pada 2020, kempen Asyura menjadi satu daya usaha unik dalam masyarakat Islam di Singapura, dengan MTFA merupakan badan pertama yang menarik orang ramai menyertai daya usaha penting ini secara terbuka.

“Berbeza daripada kempen mengumpul dana Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, kempen Asyura memberi tumpuan kepada kanak-kanak terjejas dan belia berisiko di luar Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. Mereka ialah kanak-kanak yang datang daripada keluarga kurang bernasib baik atau keluarga yang kekurangan figura seorang ayah dalam kehidupan.

PENAJAAN HAMPER KEPADA MEMERLUKAN

Meningkatkan usaha berkasih sayang pada hari Asyura, MTFA bersama-sama penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan berganding bahu menyediakan hadiah berupa hamper kepada kanak-kanak kurang bernasib baik, hasil sumbangan orang ramai.

“Sepanjang empat tahun lalu, kami telah menyentuh hati ratusan kanak-kanak dengan sokongan penuh daripada kakitangan dan sukarelawan MTFA.

“Pada 2022, usaha kami telah mengukir keceriaan kepada 350 orang kanak-kanak yang memperolehi beg hadiah bernilai $150. Ia mengandungi beberapa barang keperluan, peralatan pendidikan dan hidangan yang menggembirakan hati mereka.

“Pada tahun sebelumnya (2021) pula, kempen kami berjaya membantu 337 kanak-kanak yang layak. Setiap daripada mereka menerima hadiah hamper bernilai $140, yang dipenuhi dengan buku, baucar dan barangan bermanfaat lain,” kata Dr Abdul Qader.

SUMBANGAN PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM DARUL IHSAN

Dengan pelaksanaan kempen Asyura ini, ia dapat buka mata dan mengajar erti kesyukuran dalam diri penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan agar mereka menghargai nikmat perlindungan, pendidikan, keselamatan, dan keperluan lain yang diperolehi, sepanjang berada di bawah penjagaan rumah anak yatim tersebut.

Dr Abdul Qader memberitahu:

“Hanya dengan memerhatikan orang sekeliling, ia sudah cukup melahirkan rasa syukur dalam diri kerana masih ramai yang lebih susah daripada kita di luar sana.

“Dalam kempen ini juga, sebahagian daripada penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan akan turut serta bersama-sama sukarelawan dalam sesi pengagihan hadiah kepada kanak-kanak terpilih. Sebahagian yang lain juga membantu membungkus hadiah yang akan disediakan. Penglibatan ini adalah salah satu tanda kesyukuran dan usaha baik daripada penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan untuk menyumbang kepada orang lain.

“Jika sebelum ini, ramai orang yang akan menderma untuk membantu penghuni Rumah Anak Yatim Darul Ihsan, tetapi Hari Asyura mencetuskan peluang untuk mereka pula membantu masyarakat luar. Di samping itu, mereka juga dapat menguatkan sifat belas kasihan dan berpeluang merasai erti menjadi orang yang memberi, selain menerima.”

Bagi mencapai matlamat ini, MTFA memerlukan bantuan derma daripada masyarakat yang bermurah hati untuk mencapai sasaran menaja 309 hamper yang akan dihadiahkan kepada 309 kanak-kanak/belia lain yang memerlukan.

Klik pada pautan https://www.mtfa.org/asyura2023 untuk menyokong usaha murni dan kukuhkan kasih sayang bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >