i.
demi malam nan lebih baik dari seribu bulan
Lailatulqadar, penuh rahmat & keampunan
tika cahaya Ilahi menerangi setiap harapan
tika, Tuhan mendengar rintihan insan.
demi wahyu diturunkan, menyentuh hati nan sunyi
Lailatulqadar, doa hamba-Nya terpanjat tinggi
di malam barakah, pada nan ikhlas pada Ilahi
Tuhan Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ii.
demi perjalanan hidup nan penuh tantangan Lailatulqadar,
malam nan dicahayai kebeningan
di sanalah ketenangan bertemu harapan
tika doa dipanjatkan pasti dimakbulkan.
dalam dakapan kasih & reda-Nya nan nyata
Lailatulaqadar, saat pintu langit terbuka
terdapat maghfirah, rasa syukur nan tak terhingga tika
dosa terhapus, tika taubat diterima-Nya.
Ahmad Md Tahir


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg