Kepada Anak Merdeka, Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:45
Syuruk
7:06
Zuhur
1:13
Asar
4:35
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
Suatu Ketika di Singapura

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya3

SAJAK

Kepada Anak Merdeka

Jul 06, 2015 | 05:30 AM

Aku cabar anak merdeka jadi manusia bermaruah
bukan hanya lantang suara meminta kebebasan
sedangkan diri masih tidak tahu tanggungjawabnya,
masih cetek ilmu, masih merayap tanpa tujuan.
Minda harus bergerak maju ke hadapan seiring masa
agar merdeka bukan hanya pada nama.

Andai anak merdeka masih dibuai lena waktu remaja,
yang terukir adalah sebuah tragedi yang ngeri
bangsa yang lemah, tak mampu berdiri di hari muka.
Sejarah yang gemilang bakal jadi memori yang mati,
jati diri hilang seri, kemerdekaan hilang erti!
Mana maruahmu? Mana identitimu nanti?

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map